Wednesday, December 2, 2015

New Printer

Hello


Pagi tadi aku beli printer baru. Last sekali aku ada printer sendiri masa belajar degree kat Perth dulu. Tu pon printer biasa jelah. Zaman dulu tak ada lagi printer kecik function nak scan photostat bagai. Kalau ada pon mesti mahal.


Zaman belajar elok la ada printer sendiri kan. Tapi lepas tu aku gave up print lecture notes guna printer sendiri sebab cartridge mahal sangat hahah. Kalau tak silap 1 cartridge dalam 20 AUD kot. Tahan sekejap je pulak tu since notes banyak sangat walaupon aku print secara kedekut 6 slides satu page. So I decided to print all notes kat Uni je. Printer tu aku simpan tak refill cartridge dia sebab kedekut hehe.


Lepas dah habis belajar aku tinggal je printer kat rumah sewa kat sana buat wakaf (tapi dak2 junior tak pakai pon rasanya haha) sebab besar sangat nak wat balik. Cerdik jugak aku ni pergi tinggal padahal barang2 lain aku pakai shipping ikut kontena jugak. Boleh je nak buat balik walaupon sampai Malaysia lambat.


So anyway, oleh sebab aku tengah buat Master sekarang, and lecturer bagi homework hari Jumaat suruh submit hari Sabtu, aku rasa penting la jugak untuk ada printer sendiri. Nak tulis tangan tulisan tak lawa pulak. So lepas aku dapat gaji 2,3 hari lepas, pagi tadi aku pegi kedai beli printer baru weehoo.


Mula-mula nak beli Epson sebab macam canggih je dakwat duk kat luar, sekali refill ink boleh print 6000+ pages terliur mak aihh. Tapi harga RM499. Aku menangis dalam hati jelah sebab tak mampu huahua. Sebenarnya tak adalah mahal sangat and aku mampu je tapi prioriti sekarang nak save duit kawen. So terpaksa la berkorban nafsu nak ada printer canggih haha.


Last2 aku beli printer HP, harga RM311. Okaylah sebab ada wifi. Boleh print direct dari phone kalau ada funtion wifi tu. Jakun jap aku boleh print dari Ipong. hehe. Sekali refill cartridge boleh print around 480 pages. Sesuai la kot aku nak print notes sikit2 and assignments. Kalau untuk kegunaan pejabat, elok pakai Epson even though mahal sikit sebab very good investment. Harga mula-mula beli mahal sikit tapi ink dia RM20 je sebotol.


Excited ni nak pakai printer. Malam ni jugak aku siapkan assignment sebab nak pakai printer. Haha.


OKbai nak balik rumah dah.

Monday, November 23, 2015

En Ajimm

 Hai,

Aku dah nak balik kerja dah ni lagi 5 minit je tapi saja rasa nak update blog hehe.

En Ajimm with me. Bahagian pipi sama kan? hikhik

Saja nak tepek gamba budak ni kat sini sebab kat fb aku tak open sangat nak letak gambar bakal suami nanti ramai pulak org komen, aku x sempat nak reply wakaka. Gurau je. Tapi betullah nanti dah jadi suami baru aku upload gambar suami kat fb hehe. Blog aku tak ada orang baca so boleh la nak tepek gamba Ajim.


Ni gambar semalam, Hazim datang rumah sekejap dah alang2 dia dah pergi kursus kahwin kat kuantan, kenalah datang kemaman jumpa bakal isteri. Kalau tak datang aku bising-bising pulak harhar.


Tapi sekejap je lah jumpa sobsob. Sempat lah makan spageti aku buat. Nasib baik dia cakap sedap. Kalau tak, sebulan jugak aku bersara dari memasak.


Kitorang jumpa sebulan sekali je sebab Ajim busy dengan dunia di hospital. Heheh. Patients sila berkelakuan sopan okayy dgn Dr Ajim. Anyway, see u again next month. Next month kad kahwin siap heheh.


Okbai nak balik rumah dah.

Monday, November 2, 2015

New surrounding

Salam.

Aku dah sebulan kerja sendiri. Techinically, tak adalah kerja sendiri as in bukak kedai sendiri or buat MLM, aku just kerja dengan company family managed by my 2 brothers. Abang aku cakap aku punya designation sekarang, Admin & Finance manager but I am embarrass to accept that post. Muda lagi nak jadi manager camne cewah perasan muda. Anyways, aku jadi exec sudahlah. Banyak lagi nak belajar. 


Aku quit kerja aku sebelum ni sebab dah stress tahap gaban mengadap pergunungan invoice nak kena key in dalam system sambil menjawab panggilan telepon dari suppliers yang nak kutip hutang. Stress tau tak berhutang ni. Padahal bukan aku yang berhutang kan, just tolong jawab bagi pihak syarikat je hehe. Tapi tak kira la aku nak tertekan jugak sebab aku ni kuat drama.


Lepas tu tambah lagi nak buat assignment kan. Sampai pernah aku satu minggu sakit kepala sebab banyak kerja kat ofis pasal GST la, creditors la lepas tu balik rumah sambung buat assignment. Tambah2 MBA sem 1 aku memang hardcore. Ada satu subject tu, lecturer suruh buat research project macam yang final project tu. Mana tak gelabah ayam budak-budak sem 1 ni nak kena buat research dalam masa singkat.


So I quit my old job bulan 9 baru ni. Ni dah sebulan kerja kat company mak bapak 2 hari lepas baru dapat gaji weee balik ni nak gi makan A&W. Kerja untuk masa sekarang ni tak banyak sangat, kadang-kadang je busy. So sekarang memang happy la hahaha finally aku bebas dari belenggu timbunan invoices. Tapi kekadang boring jugak takda kerja.


Cakap pasal kerja je. Nerd jugak aku ni. Baik aku cakap pasal kahwin hahah.



Yeayyy aku nak kahwin lagi 3 bulan. Or to be exact, 95 hari. Hopefully semua berjalan lancar. Macam banyak jugak dah prepare slow slow. Kad kahwin dah tempah. Doorgift dah survey survey tapi belum order. Lek lu lambat lagi hehe.


Baju kahwin dah siap. Cuma aku dalam proses nak buat veil sekarang. Veil buat sendiri je sebab aku perasan kreatif. Barulah Hazim kagum sikit dengan aku sebab terel buat veil haha veil je pon.


Stress jugak mikir pasal kahwin ni kan. Besar belanja. Walaupon banyak pakai duit mak bapak, tapi aku kesian la jugak kat parents banyak nak kena keluar duit. Nasib baik dah anak last so lepas ni dah takdelah belanja kahwin hehe. Tup-tup tahun depan keluar adik lagi sorang wakaka. 


Tapi aku hairan la, kenapa kat Malaysia ni orang selalu jemput ramai sangai jemputan untuk kenduri kahwin. Even yang kawan biasa biasa je and duk jauh di hujung alam pon nak jemput. I mean.. tak payah la kan yang tak rapat and jauh tu. Tu semua menambahkan kos. Yang paling penting, family, saudara and kawan rapat. Baru lah boleh minimise cost. Sederhana.


Macam aku, I have always dreamt for a simple and small wedding. Tapi bukan semua benda kita nak kita boleh dapat kan. Sometimes kena tengok keadaan jugak. Oleh sebab kawan aboh ramai sangat, aku pon tak mampu la nak berkeras nak kahwin biasa-biasa je. Lagipon aboh yang bayar, hehe.


Untuk aku sendiri, yang mana boleh kurangkan, aku kurangkan. Berat badan je tak kurang kurang lagi ni hoiii sedarla cepat nak kahwin nanti baju tak muat baru gelabah ayam. Namun ni tak berjaya membantutkan niat aku nak gi makan A & W lepas ni haha. Esok jelah aku start diet.


Okbai.









Wednesday, October 7, 2015

Happy birthday to my special one!

Hi

My laptop rosak brape bulan dah. Budak mana ntah duk atas laptop aku sampai pecah screen tu hahah. Aku redha je lah xpe dah bukan rezeki aku la tu duit nak baiki screen laptop. So sebab laptop aku rosak, now aku tulis blog guna iphone wahwah hebat gak iphone ni kagum kejap.

Back to the main topic, I want to wish Happy Birthday to my syg Mohd Hazim Ahmad Fuad. Hehe. Harijadi dah lepas dah, 5 Oktober haritu tapi masa tu x explore lagi bab berblog guna hp ni hehe. Lagipon x ingat pulak ada blog almaklum ler baru sebulan create blog x glemer ni. Hazim sorang je pon yang tau pasal blog ni. Tu pon aku bgtau lepas kena paksa dgn dia haha. Tp rasanya kalau aku x bgtau aku update blog, xde nya dia nak bukak benda alah ni haha. Slamat hari jadi yang ke 26 abg. Cepat2 abiskan HO keh, pastu jom kawen ekekeeke. Nak letak gambar budak ni tapi tak reti pulak nak amik dari album gambar hp ni.

Hadiah birthday claim dgn saya nanti ye awak. Tak sempat nak jumpa pulak sekarang. Nanti next time jumpa saya bg okay sila bersabar hehe. Haaa kursus kawen tu jangan lupa, kang takleh kawen plak ngan iols ni huahua.

One day nanti aku nak tulis jugak camno aku kenal abg aku sorang ni tapi nak kena guna laptop baru syok nak menaip panjang2. hehe.

Okbai nak sambung wat assignment.

Friday, September 11, 2015

First post after sooo long

Hi,

I re-created a blog, after a few years deleting my old blog. Just because I feel like writing again. Tapi tak tau la kalau hangat-hangat tahik ayam je. Dulu aku buat blog, dah banyak posts tapi aku delete sebab dah malas. Blog penuh dengan posts yang tak matured hahaha. Tapi bila pikir-pikir, menyesal la pulak gi delete. Kalau wujud lagi blog tu, bleh aku buka baca then gelak-gelak mengenang zaman kanak-kanak riang dulu. Ramai cakap blog aku dulu kelakar. Tak hingatt dah aku tulis pasal apa.

Another reason aku delete blog dulu, sebab aku tak nak org tau pasal hidup lama aku. Dulu aku selalu emosional, and negative. But now, I don't think ppl will read this blog anyway, ppl don't really read blog now, they read whatsapp and facebook je hahah. So boleh la aku menulis kat sini sebab aku sorang je nak baca hehe.

Okay I'll add some more in another posts. Toodles.