Monday, November 2, 2015

New surrounding

Salam.

Aku dah sebulan kerja sendiri. Techinically, tak adalah kerja sendiri as in bukak kedai sendiri or buat MLM, aku just kerja dengan company family managed by my 2 brothers. Abang aku cakap aku punya designation sekarang, Admin & Finance manager but I am embarrass to accept that post. Muda lagi nak jadi manager camne cewah perasan muda. Anyways, aku jadi exec sudahlah. Banyak lagi nak belajar. 


Aku quit kerja aku sebelum ni sebab dah stress tahap gaban mengadap pergunungan invoice nak kena key in dalam system sambil menjawab panggilan telepon dari suppliers yang nak kutip hutang. Stress tau tak berhutang ni. Padahal bukan aku yang berhutang kan, just tolong jawab bagi pihak syarikat je hehe. Tapi tak kira la aku nak tertekan jugak sebab aku ni kuat drama.


Lepas tu tambah lagi nak buat assignment kan. Sampai pernah aku satu minggu sakit kepala sebab banyak kerja kat ofis pasal GST la, creditors la lepas tu balik rumah sambung buat assignment. Tambah2 MBA sem 1 aku memang hardcore. Ada satu subject tu, lecturer suruh buat research project macam yang final project tu. Mana tak gelabah ayam budak-budak sem 1 ni nak kena buat research dalam masa singkat.


So I quit my old job bulan 9 baru ni. Ni dah sebulan kerja kat company mak bapak 2 hari lepas baru dapat gaji weee balik ni nak gi makan A&W. Kerja untuk masa sekarang ni tak banyak sangat, kadang-kadang je busy. So sekarang memang happy la hahaha finally aku bebas dari belenggu timbunan invoices. Tapi kekadang boring jugak takda kerja.


Cakap pasal kerja je. Nerd jugak aku ni. Baik aku cakap pasal kahwin hahah.



Yeayyy aku nak kahwin lagi 3 bulan. Or to be exact, 95 hari. Hopefully semua berjalan lancar. Macam banyak jugak dah prepare slow slow. Kad kahwin dah tempah. Doorgift dah survey survey tapi belum order. Lek lu lambat lagi hehe.


Baju kahwin dah siap. Cuma aku dalam proses nak buat veil sekarang. Veil buat sendiri je sebab aku perasan kreatif. Barulah Hazim kagum sikit dengan aku sebab terel buat veil haha veil je pon.


Stress jugak mikir pasal kahwin ni kan. Besar belanja. Walaupon banyak pakai duit mak bapak, tapi aku kesian la jugak kat parents banyak nak kena keluar duit. Nasib baik dah anak last so lepas ni dah takdelah belanja kahwin hehe. Tup-tup tahun depan keluar adik lagi sorang wakaka. 


Tapi aku hairan la, kenapa kat Malaysia ni orang selalu jemput ramai sangai jemputan untuk kenduri kahwin. Even yang kawan biasa biasa je and duk jauh di hujung alam pon nak jemput. I mean.. tak payah la kan yang tak rapat and jauh tu. Tu semua menambahkan kos. Yang paling penting, family, saudara and kawan rapat. Baru lah boleh minimise cost. Sederhana.


Macam aku, I have always dreamt for a simple and small wedding. Tapi bukan semua benda kita nak kita boleh dapat kan. Sometimes kena tengok keadaan jugak. Oleh sebab kawan aboh ramai sangat, aku pon tak mampu la nak berkeras nak kahwin biasa-biasa je. Lagipon aboh yang bayar, hehe.


Untuk aku sendiri, yang mana boleh kurangkan, aku kurangkan. Berat badan je tak kurang kurang lagi ni hoiii sedarla cepat nak kahwin nanti baju tak muat baru gelabah ayam. Namun ni tak berjaya membantutkan niat aku nak gi makan A & W lepas ni haha. Esok jelah aku start diet.


Okbai.









No comments:

Post a Comment