Hello
Pagi tadi aku beli printer baru. Last sekali aku ada printer sendiri masa belajar degree kat Perth dulu. Tu pon printer biasa jelah. Zaman dulu tak ada lagi printer kecik function nak scan photostat bagai. Kalau ada pon mesti mahal.
Zaman belajar elok la ada printer sendiri kan. Tapi lepas tu aku gave up print lecture notes guna printer sendiri sebab cartridge mahal sangat hahah. Kalau tak silap 1 cartridge dalam 20 AUD kot. Tahan sekejap je pulak tu since notes banyak sangat walaupon aku print secara kedekut 6 slides satu page. So I decided to print all notes kat Uni je. Printer tu aku simpan tak refill cartridge dia sebab kedekut hehe.
Lepas dah habis belajar aku tinggal je printer kat rumah sewa kat sana buat wakaf (tapi dak2 junior tak pakai pon rasanya haha) sebab besar sangat nak wat balik. Cerdik jugak aku ni pergi tinggal padahal barang2 lain aku pakai shipping ikut kontena jugak. Boleh je nak buat balik walaupon sampai Malaysia lambat.
So anyway, oleh sebab aku tengah buat Master sekarang, and lecturer bagi homework hari Jumaat suruh submit hari Sabtu, aku rasa penting la jugak untuk ada printer sendiri. Nak tulis tangan tulisan tak lawa pulak. So lepas aku dapat gaji 2,3 hari lepas, pagi tadi aku pegi kedai beli printer baru weehoo.
Mula-mula nak beli Epson sebab macam canggih je dakwat duk kat luar, sekali refill ink boleh print 6000+ pages terliur mak aihh. Tapi harga RM499. Aku menangis dalam hati jelah sebab tak mampu huahua. Sebenarnya tak adalah mahal sangat and aku mampu je tapi prioriti sekarang nak save duit kawen. So terpaksa la berkorban nafsu nak ada printer canggih haha.
Last2 aku beli printer HP, harga RM311. Okaylah sebab ada wifi. Boleh print direct dari phone kalau ada funtion wifi tu. Jakun jap aku boleh print dari Ipong. hehe. Sekali refill cartridge boleh print around 480 pages. Sesuai la kot aku nak print notes sikit2 and assignments. Kalau untuk kegunaan pejabat, elok pakai Epson even though mahal sikit sebab very good investment. Harga mula-mula beli mahal sikit tapi ink dia RM20 je sebotol.
Excited ni nak pakai printer. Malam ni jugak aku siapkan assignment sebab nak pakai printer. Haha.
OKbai nak balik rumah dah.
No comments:
Post a Comment